Monday, November 30, 2009

INTERVENSI KAUNSELING DALAM MENANGANI ISU DADAH

Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak

Kursus : Kaunseling Kerjaya
Kod : KKC 6023

Untuk Perhatian:

DR Ahmad Jazimin bin Jusoh

Pensyarah
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Disediakan Oleh:

Zahari bin Yusoff
M20072000472
Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling


KANDUNGAN MUKA SURAT


KANDUNGAN i
PRAKATA ii
Pengenalan Dadah 1
Pengenalan Intervensi Kaunseling
Kaunseling Pencegahan Dadah 3
Pengertian Penagihan Semula (Relapse) 5
Keberkesanan Perkhidmatan Kaunseling
Pencegahan Dadah Melalui Rawatan 13
Proses Model Kaunseling Kerjaya Berorientasikan Matlamat 16
Kesesuaian Kerjaya Masa Kini Bagi Penagih Dadah:Perbincangan 17
Rumusan 18
Bibliografi


PRAKATA

Alhamdulillah, bersyukur pada Ilahi dan limpah inayahnya kerana kerja kursus yang telah dipertanggungjawabkan akhirnya dapat disiapkan juga di dalam tempoh sebenar.

Kerja kursus di bawah tadbir Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia iaitu Program Kaunseling Kerjaya banyak memberi pengajaran dan ilmu yang padat tentang perkembangan kerjaya, Teori Pemilihan Kerjaya, Model Membuat Keputusan Kerjaya, Intervensi Kaunseling Dalam Menangani Dadah dan Kerjaya, Kaunseling Kerjaya, Penyelidikan dan Etika dalam menjalani kaunseling kerjaya. Dengan berbekalkan ilmu ini, saya berasa amat berkemampuan untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada para pelajar khususnya remaja yang akan menerajui negara nanti.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah, rakan sebaya di bawah program Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Ambilan 2007 / 2009 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Begitu juga kepada isteri yang disayangi iaitu Aida binti Abdullah dan anak-anak yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini dan kepada mereka yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali apa yang baik boleh tuan mengambilnya sebagai iktibar dan sebaliknya dijadikan asas sempadan.



Zahari bin Yusoff
2009-03-28
M20072000472
INTERVENSI KAUNSELING BERKAITAN DENGAN ISU PENCEGAHAN DADAH

1.0 PENGENALAN DADAH

Penagihan semula adalah suatu kesinambungan kepada ketagihan,cabaran yang sentiasa menghantui bekas penagih dadah walaupun sudah bertahun meninggalkan tabiat penagihan dadah mereka.Ramai pakar pengihan bahan berpendapat sekali seseorang itu menggunakan dadah,adalah amat sukar baginya untuk melepaskannya walaupun melalui proses pemulihan yang holistic.Ini berlaku kerana dua penggantungan yang serius,iaitu penggantungan fizikal dan psikologikal terhadap bahan yang digunakan.Selagi kedua-dua penggantungan ini tidak diselesaikan dengan sempurna,maka ia akan terus mengancam individu yang pulih kearah penggunaan semua dan seterusnya,penggantungan semula terhadap dadah.
Ini tidak bermakna tiada harapan bagi mereka yang menagih dadah untuk pulih,hanya ia membawa implikasi bahawa seandainya program pemulihan yang diikuti tidak mantap,dorongan untuk berubah tidak kuat,sokongan sosial yang kurang mantap dan beberapa faktor penolak lain yang tidak diselesaikan,maka kemungkinan relapse berlaku adalah tinggi.

2.0 PENGENALAN INTERVENSI KAUNSELING

Kaunseling didefinisikan sebagai proses yang terbina antara individu (kaunselor) dan individu atau kumpulan (klien) dalam usaha membimbing dan mendorong,cabaran dan inspirasi dalam mengurus dan menyelesaikan sesuatu secara praktikal sesuatu secara praktikal,masalah peribadi dan isu – isu perhubungan,dalam usaha mencapai matlamat dan hakikat diri individu yang sebenar (http:/www.casa.asn.au.).
Dalam konteks penagihan,kaunseling lazimnya terbahagi kepada tiga jenis yang umum iaitu kaunseling individu,keluarga dan kelompok (Lewis,Dana & Blevin , 1988).Kaunseling individu selaluya adalah untuk membantu klien berubah dengan cara mengenal pasti situasi patologi dan yang berisiko tinggi yang menyebabkan seseorang terlibat dengan dadah.Kemahiran yang berkaitan mengubah emosi,sikap,pemikiran dan tingkah laku penagihan juga akan disentuh semasa sesi kaunseling.
Kaunseling kelompok pula menumpukan kepada aktiviti analisis sesuatu perlakuan yang membawa kepada penagihan,membina alternative kemahiran coping,latihan menyelesaikan masalah dan latihan asertif.Lazimnya,mereka yang menghadiri sesi ini mengalami masalah yang sama (penagihan dadah,penagihan alcohol,mengalami putus cinta dan seumpamanya) malah tidak terhad kepada masalah serius sahaja.Dalam kaunseling kelompok,dinamika kelompok itu sendiri digunakan untuk mengubah tabiat dan tingkah laku ahli – ahli kumpulan.iorism
Seterusnya kaunseling keluarga adalah proses yang melibatkan sebahagian atau semua ahli keluarga dalam sesi terapi.Lazimnya,ia berteraskan isu hubungan kekeluargaan seperti masalah kebergantungan, konflik keluarga serta meningkatkan dinamakan kekeluargaan.Di kalangan penagih dadah, terapi erbentuk ini berkisar di samping membina kemahiran coping di kalangan keluarga yang ahli keluarga terlibat dengan penagihan dadah.
Manakala pendekatan kauseling yang selalu digunakan ialah daripada jenis tingkah laku (behaviorism), pemikiran (cognitive), kewujudan atau makna (existentialism), gabungan pemikiran dan tingkah laku (CBT) gabungan emosi dan tingkah laku (RET), kemanusiaan (humanistic) dan bermacam yang lain. Namun, ramai yang mengambil pendekatan eclectic, iaitu menggunakan pendekatan dan kaedah yang terbaik dengan merujuk kepada keperluan klien dan situasi masa itu.
Untuk mempraktikkan sesuatu pendekatan kaunseling ini, seseorang itu haruslah berkemahiran untuk mengendalikannya.Beberapa persatuan kaunseling serta sekolah latihan kaunseling, umpamanya, penyelia (supervised counseling) sebelum seseorang itu dibenarkan untuk mengendalikan kaunseling secara sendirian,itu pun diperingkat pasca sarjana (post masters).Ada pula yang mensyaratkan 1500 – 2000 jam yang diselia selepas tahap kemahiran sebelum diberi lesen berterusan untuk praktis..Mereka juga harus patuh kepada kod etika kaunseling,di negeri masing – masing,yang rata – rata diasaskan oleh rakan kaunselor sendiri.Di Malaysia,syarat – syarat praktis adalah longgar sedikit kerana masih berada di tahap awal,yang mana sekarang ini dikawal selia oleh Akta Kaunseling Malaysia.
3.0 KAUNSELING UNTUK PENCEGAHAN DADAH

Agensi Dadah Kebangsaan (1997) menyatakan bahawa kaunseling merupakan kaedah utama yang digunakan dalam usaha memulihkan penagih. Melalui kaunseling,seseorang penagih akan dibantu membina kemahiran mengurus tekanan atau coping skill serta mencapai self – mastery dalam penyesuaian diri dan penyelesaian masalah supaya masalah personaliti yang dialami dapat diatasi seterusnya menggalak dan mendorong mereka untuk membina gaya hidup sihat.
Pusat serenti menjalankan empat jenis kaunseling iaitu kaunseling individu yang dijalakan sekali sebulan,kaunseling yang di jalankan sekali dalam tempoh empat bulan dan kaunseling bimbingan yang dijalankan dua kali sebulan,kaunseling kelompok yang dijalankan sekali sebulan,kaunseling keluarga dijalankan sekali dalam tempoh empat bulan dan kaunseling bimbingan yang dijalankan dua kali sebulan.
Aktiviti kaunseling dirangka berasaskan kepada objektif kaunseling yang ditentukan mengikut fasa. Objektif kaunseling pada fasa pertama ialah memberi kefahaman dan meningkatkan kesediaan klien untuk mengikuti program pemulihan;membantu klien untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pemulihan;membantu klien menyedari masalah yang dialaminya dan menyediakan rancangan pemulihan kepada klien.
Objektif kaunseling pada fasa kedua ialah membolehkan klien mengatasi masalah yang dialaminya secara positif dan kreatif;mempereratkan perhubungan dan meningkatkan kemesraan klien dan keluarga dan objekif seterusnya mewujudkan kesedaran untuk membantu klien membuat perancangan kerjaya yang sesuai apabila keluar kelak.
Objektif kaunseling pada fasa ketiga ialah membina kemahiran daya tindak untuk mencegah penagihan semula;membolehkan klien menguruskan tekanan dengan berkesan dan memberi kemahiran kepada klien dalam aspek pengurusan diri.
Objektif kaunseling pada fasa terakhir iaitu fasa keempat pula adalah untuk mengukuhkan coping skill untuk mencegah penagihan semula;mengintegrasi semula klien ke dalam masyarakat;membantu klien membuat perancangan hidup selepas menjalani pemulihan dan membantu klien menjadi seorang individu yang produktif dan berguna.
Kaunseling juga dijalankan mengikut kurikulum yang terselaras dengan kandungan aktiviti kaunseling yang berasaskan kepada jenis kaunseling yang dijalankan. Umpamanya,kaunseling individu mempunyai kurikulum dan kandungan tersendiri.Seperti yang dinyatakan diatas,kaunseling untuk pelatih di peringkat pertama lebih untuk mewujudkan hubungan baik antara klien dan kaunselor.Perkara yang disentuh semasa kaunseling ialah latar belakang klien dan keluarga serta sejarah penagihan.Pada fasa kedua,kandungan kaunseling lebih menjurus kepada membantu klien menyelesaikan permasalahan diri,keluarga dan masalah ketagihan dadah.Kaunseling pada peringkat fasa ketiga,lebih kepada membantu klien untuk menyesuaikan diri dan mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat.
Pelaksanaan kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga pula dilaksanakan dalam kumpulan yang khusus.Kaunseling kelompok terdiri daripada 10 hingga 15 orang pelatih,dan kaunselor bertindak sebagai fasilitator.Kandungan yang dibincangkan ialah sekitar masalah yang ahli kelompok hadapi seperti konflik ketagihan dadah,masalah keluarga dan masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan di pusat pemulihan.
Manakala kaunseling keluarga pula diadakan untuk membantu keluarga klien memahami keadaan klien supaya ibu bapa dapat menerima klien dan memberi sokongan moral kepada beliau.Sekiranya terdapat kes untuk penceraian,kaunselor akan memberi kaunseling supaya perceraian dapat dielakkan dan klien dapat bersama keluarga dan anak – anak apabila beliau tamat program pemulihan di serenti.Kaunseling bimbingan lebih kepada memaklumkan maklumat seperti peraturan pusat serenti dari semasa ke semasa dan maklumat tentang bahaya dadah.
Disamping itu,kaunseling juga dijalankan mengikut jdual,contohnya kaunselor akan membuat jadual bulanan untuk setiap pelatih yang dirujuk kepada mereka.Butiran yang terkandung dalam jadual ialah tarikh pertemuan kaunseling,nama kaunselor,nama penghuni,syor kaunselor dan ulasan komandan.Mengikut ADK,aktiviti kaunseling secara berjadual sahaja akan dapat menentukan perlaksanaan yang sistematik dan terselaras,malah lebih penting lagi ia mampu memastikan supaya setiap klien menjalani aktiviti kaunseling mengikut tahap serta kekerapan yang ditentukan oleh sistem.
Seterusnya,sistem penyeliaan kaunseling juga dijalankan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul kepada para bombing dan kaunselor.Ketu kaunselor bertindak sebagai penyeliaan dan menentukan kaunseor bertanggungjawab kepada setiap klien di bawah jagaan mereka.Ketua kaunselor juga bertnggungjawab membuat perancangan aktiviti kaunseling,menyemak dan meneliti hasil kerja dan kaunseling harian yang dibuat oleh setiap kaunselor.

4.0 PENGERTIAN PENAGIHAN SEMULA

Penagihan semula adalah suatu kesinambungan kepada ketagihan,cabaran yang sentiasa menghantui bekas penagih dadah walaupun sudah bertahun meninggalkan tabiat penagihan dadah mereka.Ramai pakar pengihan bahan berpendapat sekali seseorang itu menggunakan dadah,adalah amat sukar baginya untuk melepaskannya walaupun melalui proses pemulihan yang holistic.Ini berlaku kerana dua penggantungan yang serius,iaitu penggantungan fizikal dan psikologikal terhadap bahan yang digunakan.Selagi kedua-dua penggantungan ini tidak diselesaikan dengan sempurna,maka ia akan terus mengancam individu yang pulih kearah penggunaan semua dan seterusnya,penggantungan semula terhadap dadah.
Ini tidak bermakna tiada harapan bagi mereka yang menagih dadah untuk pulih,hanya ia membawa implikasi bahawa seandainya program pemulihan yang diikuti tidak mantap,dorongan untuk berubah tidak kuat,sokongan sosial yang kurang mantap dan beberapa factor penolak lain yang tidak diselesaikan,maka kemungkinan relapse berlaku adalah tinggi.
Secara umumnya,penagihan semula bermakna penagih dadah menggunakan semula dadah asal atau daripsds jenis yang lain selepas ia melalui program rawatan dan pemulihan.Daripada takrifan beberapa pakar penagihan bahan seperti Marlatt dan Goedon (1985) relapse dilihat sebagai kegagalan klien dalam cubaan untuk mengubah perlakuannya berkaitan dengan pengambilan dadah.Manakala Chiauzzi (1991) pula merujuk relapse sebagai kembali kepada perlakuan menagih selepas suatu tempoh berhenti daripada mengambil dadah.Seterusnya,Rasmussen (2000) mendefinisikan relapse sebagai penggunaan semula dadah selepas berhenti mengambilnya untuk suatu tempoh.
Manakala Dual Recovery Anonymous (http:www.draonline,org)mendefinisikan relapse ialah perlakuan mengambil dadah atau minuman keras untuk pertama kalinya setelah sekian lama bersih daripada mengambil dadah atau minuman keras.
Daripada definisi yang dibentang di atas,maka bolehlah dirumuskan bahawa relapse adalah kegagalan penagih yang sudah melalui proses pemulihan untuk terus bebas daripada dadah.

4.1 Ciri-ciri Relapse

Rasmussen (2000) ada menggariskan ciri-ciri relapse ialah perubahan dalaman individu seperi peningkatan stress,perubahan pemikiran,perasaan dan tingkah laku;menafikan tentang rasa kebimbangan yang dialami; menghindari dan mempertahan diri sendiri bahawa tidak relapse sebaliknya memfokuskan kepada orang lain,bersifat defensive,bersifat kompulsif,berkelakuan impulsive dan bersendirian.
Relapse juga tercetus kerana terbinanya krisis lanjutan seperti melihat remeh sesuatu masalah,perasaan yang tertekan,perancangan masa hadapan yang lemah dan gagal;berfikiran bahawa semua perkara tidak dapat diselesaikan dan bertindak secara tidak matang untuk tujuan bergenbira atau berseronok.
Individu juga berasa keliru dan memberi reaksi yang berlebihan kesan daripada tidak dapat berfikir dengan jelas,tidak dapat mengurus perasaan dan emosi ,sukar untuk mengingati sesuatu,berasa keliru.tidak dapat mengawal stres dan menjadi mudah marah.Ciri – ciri relapse seterusnya ialah kemurungan (depression) yang ditunjukkan melalui tabiat makan yang luar biasa (tidak lalu atau terlalu banyak makan),kurang bersemangat untuk mengambil sesuatu tindakan,sukar untuk tidur,terjejas aktiviti harian dan mengalamisuatu tempoh tekanan yang agak lama.
Individu yang relapse juga akan kehilangan kawalan kerana memendam perasaan,berasa tidak mampu dan tidak berguna,menolak pertolongan,melanggari program pemulihan,melanggar nilai – nilai diri,hilang keyakinan diri,marah tanpa sebab,suka bersendirian,kecewa dan mengalami tekanan.
Ciri-ciri relapse yang berikut ialah individu akan memikir untuk relapse sebagai mengatasi kesan daripada ciri – ciri relapse di atas,mulanya berasa tidak puas hati dengan pemulihan,berminat untuk mengambil dadah semula.
Ciri-ciri terakhir ialah individu mula relapse dengan mengambil dadah akibatnya berperasaan kecewa,hilang kawalan diri dan kehidupan serta kemerosotan tahap kesihatan.

5.0 KEBERKESANAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Sebelum kita lihat kepada keberkesanan kaunseling dari segi penerimaan serta perubahan yang berlaku kepada diri klien, adalah menjadi kewajipan kita untuk memastikan yang khidmat kaunseling yang ditawarkan itu mengikut piawai yang ditetapkan. Ini termasuklah soal kelulusan, kemahiran,pengalaman dan etika professional kaunselor. Berikut dibentangkan beberapa penemuan kajian (Mahmood & Mohd Taib,1999;Mahmood,Ismail dan Azniza,2002) yang menunjukkan batasan kepada perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan kepada residen Pusat Serenti dan juga mereka yang menjalani program pengawasan.
Kajian berkenaan menunjukkan bahawa terdapat beberapa limitasi pada perkhidmatan yang ditawarkan. Rajah 5.1 menunjukkan bahawa kebanyakan pegawai pemulihan dan kaunselor yang berkhidmat dengan ADK dan pusat – pusat serenti merasakan diri mereka kurang mampu dari segi pendidikan,latihan mahupun kemahiran untuk menjalankan kerja kaunseling atau penasihatan klien. Sebab dari segi latihan dan kelulusan boleh diperhatikan dengan jelas dalam Rajah 5.2. Sebilangan pula merasakan tidak sesuai dengan kerja yang mereka lakukan sekarang atas alasan kurang minat,kurang kemahiran dan terpaksa menanggung risiko yang tinggi (Rajah 5.3). Terdapat juga aduan mengenai kekurangan pada suasana fizikal tempat kerja seperti ruang yang sempit dan tidak selesa (Rajah 5.4).
Kajian ini turut mendapati batasan kepada perkhidmatan kaunseling yang berkesan setelah meninjau beban kerja yang diamali oleh pegawai pemulihan. Jadual 5.1 menunjukkan bahawa antara beban yang sering

Rajah 5.1 : Persepsi Mengenai Kemampuan Pegawai Pemulihan
(Program Pengawasan)





























Rajah 5.2 : Kursus – kursus Asas Mengendalikan Kaunseling Yang Pernah Diikuti oleh Pegawai Pemulihan (Program Pemulihan)





























Jadual 5.1 : Aspek Kerja yang Membebankan Pegawai Pemulihan
(Program Pengawasan)

Aspek kerja
Rank
%
Memulihkan penagih ulangan
1
13.7
Kerja di luar bidang tugas
1
13.7
Beban tugas,kerap mesyuarat dan penyediaan minit
3
12.6
Kurang komitmen daripada pelatih dan keluarga
4
12.0
Mengendalikan kaunseling dan runding cara
4
12.0
Penyediaan laporan kes untuk dibawa ke mahkamah
6
10.4
Menyediakan laporan sosial penagih
7
9.0
Mengendalikan terlalu ramai penagih
8
7.7
Kerja tidak terancang dan kesuntukan masa
9
6.6
Projek Nalterxone
10
2.2

dialami ialah memulihkan penagih ulangan (13.7 peratus),menjalankan tugas – tugas di luar bidang tugas mereka (13.7 peratus),banyak beban dari segi pentadbiran (12.6 peratus),kurang komitmen daripada pelatih dan keluarga (12 peratus) serta menjalanan kerja – kerja kaunseling itu sendiri (12 peratus).Dari perihalan ini,beban kerja yang dihadapi adalah dari jenis kuantitatif (banyak kerja hingga tidak upaya) dan kualitatif (jenis kerja yang tidak mampu dilakukan kerana tiada kemahiran yang secukupnya).Hal ini juga disokong melalui dapatan dalam Jadual 5.2 yang mana aspek kelesuan kerja yang paling tinggi ialah rasa telah kuat kerja (beban kuanlitatif) diikuti dengan letih,tidak bermaya,lesu,habis tenaga (beban kualitatif). Satu daripada




Jadual 5.2 : Kelesuan Kerja (Burnout) dari Segi Keletihan Emosi yang Dialami oleh Pegawai Pemulihan (Program Pengawasan)

Subskala
Min
Rank
Rasa terlalu kuat bekerja
3.65
1
Rasa letih dan lesu
2.74
2
Tidak bermaya
2.55
3
Kehabisan tenaga
2.46
4
Banyak tekanan
2.24
5
Letih bila bangun pagi
2.22
6
Rasa tegang
1.95
7
Rasa tidak bermaya lagi
1.56
8
Rasa kecewa
1.54
9

aduan yang diajukan ialah dari segi beban kerja yang tidak selaras dengan bidang tugas.Pegawai pemulihan menggalakkan mereka membuat persediaan untuk program pencegahan selama 179 jam (purata) sebulan,bermakna mereka menghabiskan sekurang – kurangnya 6.8 jam pada suatu hari bekerja.Hal ini menunjukkan mereka tidak punya banyak masa untuk tugas – tugas pemulihan (Jadual 5.3).Hal – hal program pencegahan juga dilakukan oleh NGO seperi Pemadam,Pengasih dan lain – lain. Pegawai pemulihan yang ditemu duga merasakan mereka boleh memperuntukkan lebih saksama. Batasan ini memberi kesan kepada perkhidmatan untuk program pemulihan yang lain.









Jadual 5.3 : Masa yang diperuntukkan dalam Sebulan oleh Pegawai Pemulihan ADK untuk Tugas – tugas Pemulihan dan Pentadbiran

Bil.
Pemulihan dan Pentadbiran
Purata Jam
1.
Penyediaan Program Pencegahan
179
2.
Urus setia
72
3.
Kaunseling
32
4.
Hadiri mahkamah
32
5.
Laporan klien
32
6.
Kursus
25
7.
Pentadbiran pejabat
21
8.
Program PINTAR
17
9.
Ujian urin
13
10.
Laporan nadi
11
11.
Lawatan ke rumah klien
10
12.
Pameran antidadah
10
13.
Program gerak tempur
8
14.
Aktiviti masyarakat
7
15.
Masyarakat
7
16.
Program rakan bantu
6
17.
Ceramah umum
6
18.
Lawatan ke tempat kerja
5
19.
Penempatan tempat kerja klien
4








6.0 PENCEGAHAN DADAH MELALUI RAWATAN


6.1 Pendekatan farmakologi
Pendekatan farmakologi bergantung kepada ubat-ubatan atau dadah untuk menyekat kesan euforik, ataupun mengurangkan kegianan serta slmptom putus dadah (withdrawl symptoms) semasa dadah digunakan. Salah satu ubat atau dadah gantian ialah methadone, seperti yang dihuraikan sebentar tadi yang lazimnya digunakan untuk menyekat enforia dadah seperti heroin, morfin, kodein serta dadah opiate lain di samping menekan simptom putus dadah serta kegianan yang lazimnya dialami di antara dos yang diambil seperti mana yang dicadang oleh Dr. Dole dan Dr. Nyswander. Pendekatan farmakologi dengan meng­gunakan MM boleh bertahan untuk beberapa tahun hinggalah ke tahap sepanjang hayat dengan penggunaan yang terkawal.
Walaupun pendekatan farmakologi boleh diamalkan secara sendirian (stand alone) seperti program MM, namun, kebanyakannya ia diamalkan bersama-sama dengan terapi tingkah laku. Beberapa jenis dadah lain juga telah terbukti berkesan dalam program rawatan penagihan opiate. Umpamanya, Levo-Alpha-Acetylmethadol (LAAM) didapati berjaya menekan simptom putus dadah antara 72-96 jam, dan ini boleh mengurangkan kekerapan lawatan ke klinik bagi men­dapatkan dos seterusnya kepada dua kali seminggu sahaja. Ini bermakna penagih boleh berfungsi dengan normal tanpa cabaran putus dadah selama tiga hari sebelum memerlukan dos yang seterusnya.
Naltrexone, seperti juga dengan LAAM adalah dadah yang memberi kesan jangka sederhana, dan ia didapati berkesan untuk penagih yang benar-benar tinggi tahap motivasinya untuk pulih, mem­punyai sokongan sosial yang kukuh dan mereka yang boleh diberi kaunseling untuk terus berpegang kepada matlamat bebas dadah. Sejenis dadah lagi ialah buprenorphine, yang didapati berjaya dalam cubaan klinikal untuk mengekalkan penagih dalam program rawatan serta mendorong kepada bebas dadah (abstinence). Burprenorphine juga kurang menyebabkan penggantungan fizikal berbanding dengan methadone dan LAAM. Namun, keberkesanan buprenorphine juga tertakluk kepada perubahan tingkah laku dan motivasi pada tahap klien.
Sebagai contohnya, MM yang diberikan bersama-sama kaunseling banyak membantu klien kerana penglibatan mereka dalam kaunseling itu sendiri membantu pemantauan terhadap kemajuannya, sama ada beliau masih menggunakan dadah, atau menjalani kehidupan dengan baik, memelihara hubungan kekeluargaan dengan mesra dan se­bagainya.
Sementara itu, ubat-ubatan juga digunakan dalam proses detok­rifikasi dengan tujuan untuk mengawal kegianan. Begitu juga, dadah digunakan bagi mengurangkan masalah dual-diagnosis seperti kemurungan atau skizofrenia. Di negara barat, prevalen salah guna bahan dalam kalangan kes mental seperti ini mencapai 50 peratus. Lazimnya, selepas menerima rawatan farmakologi dan TC, penagih digalakkan mengikut kumpulan bantuan diri (rational recovery) seperti AA, NA, CA, MA dan pelbagai yang lain. Ini bertujuan untuk memelihara status bebas dadah dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat.

6.2 Pendekatan Tingkah Laku

Pendekatan tingkah laku pula mempunyai pelbagai jenis, bertitik tolak daripada psikoterapi berasaskan kontingensi, terapi kognitif, terapi berasaskan TC, terapi tingkah laku-kognitif (CBT) dan beberapa yang lain. Ia juga merangkumi latihan kemahiran dan pekerjaan (Occu­pational & Work Therapy), pelbagai pendekatan kaunseling daripada kaunseling individu yang berstruktur, hinggalah kepada kaunseling keluarga, dan kaunseling kelompok yang tidak begitu berstruktur.
Secara asasnya, pendekatan tingkah laku cuba untuk mengubah penggabungan psikologi penagih dadah kepada keupayaan untuk mengurus tekanan serta konflik secara yang produktif. Penagih akan dilatih untuk mengatakan "tak nak" kepada dadah, membenci dadah, mencari jalan lain menggantikan dadah, membina pertahanan diri terhadap dadah, mengurus semua tekanan tanpa perlu merujuk kepada dadah dan sebagainya. Dalam proses pemulihan tingkah laku ini, selalunya menyentuh pada harga diri dan konsep diri, aspek personaliti yang tidak matang serta pertahanan diri yang tidak produktif dilakukan (Mahmood, 1995).
Antara cara popular ialah psikoterapi. Cara ini akan mengubah sahsiah penagih kepada sahsiah yang normal. Sememangnya proses ini memakan masa yang panjang di samping kos yang agak tinggi. Di Malaysia, cara ini jarang sekali dilakukan. Terapi tingkah laku pula adalah amat popular kerana ia mengubah tingkah laku serta motivasi penagih dengan cara mengubah tingkah laku, reaksi serta gelagat mereka terhadap stimuli tertentu yang men­dorong kepada penggunaan dadah.
Sebagai contoh, aversive therapy mengajar klien membayangkan najis, kekotoran, dan ada kala dikenakan sedikit kesakitan (seperti kejutan elektrik) apabila mereka terbayang stimuli dadah (seperti jarum suntikan, rokok, alat-alat yang digunakan untuk mengambil dadah). Penyelidik ada melaporkan kejayaan pada program yang berasaskan peneguhan positif yang memberi insentif kontingen baucer wang kerana mereka berjaya menahan diri daripada menggunakan dadah (Cooper, 1983).
Kognitif Behaviour Theraphy pula ialah pendekatan kaunseling yang berasaskan strategi "kenal pasti, elak dan atasi" (recognize, avoid and cope). Pendekatan ini, penagih akan memikirkan secara rasional dan mencari apakah permasalahan dari segi falsafah yang salah telah diamalkan sehingga mereka sanggup memusnahkan diri dan mengalami emosi serta tingkah laku yang songsang.
Latihan kemahiran berasaskan CBT menumpukan kepada strategi untuk mengatasi kegianan, keinginan dan ketagihan dengan cara membina motivasi untuk berubah, membina kemahiran menyelesaikan masalah, merancang dan mengurus situasi yang mempunyai risiko tinggi yang mendorong kepada relapse, serta membina kemahiran menjauhi dadah.
Terapi keluarga pula dianggap penting untuk penagih remaja. Ia boleh dilakukan dengan berdasarkan pelbagai cara dan konfigurasi seperti terapi individu, kelompok, kumpulan rakan bantu dan sebagainya. Cara ini membentuk kemahiran intervensi yang khusus untuk menjaga anak-anak remaja daripada terjerumus ke lembah penagihan.
TC adalah satu pendekatan tingkah laku yang popular masa kini. Ia berupaya untuk memberi perkhidmatan kepada klien daripada pelbagai latar belakang seperti penagih dadah, pesalah juvana dan dewasa, kes-kes dual-dignosis dan beberapa yang lain. Untuk penagihan dadah, Rumah Pengasih adalah satu contoh baik yang mengamalkan konsep dan pendekatan TC secara total.


7,0 PROSES MODEL KAUNSELING KERJAYA BERORIENTASIKAN MATLAMAT


Kaunseling Kerjaya Berorientasikan Matlamat atau Goal Oriented Counseling ialah satu pendekatan yang telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah (1992) bertujuan untuk menolong klien yang mempunyai masalah untuk melaksanakan segala alternatife dan strategi yang telah ditentukan dan dipersetujui kerana kekurangan motivasi.
Model ini dibangunkan setelah penulis membuat pemerhatian selama lima tahun bermula 1987 terhadap pelatih praktikum kaunseling,Universiti Putra Malaysia.Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelatih dalam menjalani praktikum kaunseling khususnya yang berkaitan dengan penerapan teori dalam sesi kaunseling.Antara masalah yang ketara ialah sesi kaunseling tidak berkembang kerana kaunselor tidak berupaya membawa klien ke arah yang tertentu.Penerokaan yang dibuat oleh kaunselor tidak berkembang malahan berkisar pada perkara yang sama. Keadaan ini menyebabkan kaunselor menjadi buntu dan klien pula kehilangan kepercayaan terhadap kaunselor kerana kaunselor tidak berupaya menunjukkan kebolehannya. Selain itu ada juga kaunselor yang tidak mempunyai sebarang masalah sama ada dari segi kemahiran, teori mahpun teknik. Masalah yang timbul ialah klien tidak mahu bertindak melaksanakan alternatif dan strategi yang telah dipilihnya kerana kekurangan motivasi atau penggerakan. Sehubungan itu Kaunselig Kerjaya Berorientasikan Matlamat dibangunkan khusus betujuan mengatasi kedua-dua masalah ini.
Model Kaunseling Kerjaya Berorientasikan Matlamat mempunyai beberapa andaian sendiri seperti juga model-model dan pendekatan-pendekatan yang lain. Andaian-andaian tersebut disenaraikan seperti yang berikut:

7.1 Motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat. Individu tidak bertindak untuk melaksanakan segala alternatif yang telah dikenal pasti dan dipersetujui kerana tidak mempunyai matlamat. Dengan perkataan lain, individu tidak nampak keperluan untuk bertindak dan bergerak ke arh positif.
7.2 Matlamat terbahagi kepada empat jenis iaitu matlamat semasa,matlamat jangka pendek, matlamat jangka panjang dan matlamat terakhir. Matlamat semasa ialah matlamat yang ingin dicapai pada dan ketika itu,misalnya mengikut kuliah atau ceramah. Matlamat jangka pendek ialah matlamat yang ingin dicapai dalam waktu terdekat seperti menyelesaikan tugasan, menyiapkan projek dan lain – lain. Matlamat jangka panjang ialah matlamat – matlamat yang ingin dicapai dalam jangka masa yang lebih lama seperti matlamat kerjaya,perkahwinan dan lain – lain. Matlamat terakhir ialah matlamat kehidupan di akhirat iaitu untuk mendapatkan tempat di dalam syurga.
7.3 Masalah terbahagi kepada ranting dan masalah pokok. Masalah ranting merupakan masalah – masalah kecil yang dihadapi individu yang menyumbang kepada masalah pokok yang dialami klien. Dalam kes pelajar misalnya masalah pokok ialah masalah akademik dan masalah ranting pula ialah masalah – masalah lain yang menyumbang kepada masalah akademik seperti masalah keluarga, masalah kewangan , masalah rakan sebaya , masalah ponteng, masalah peribadi dan lain – lain.

8.0 PENYESUAIAN KERJAYA : PERBINCANGAN

Di Malaysia sekarang ini masih lagi terhad peluang kerjaya kepada para penagih dadah. Berdasarkan pengalaman lama penulis, kebanyakan para penagih dadah yang telah tamat tempoh hukuman mereka tidak membuat perancangan secara terperinci tentang kerjaya. Malah mereka lebih selesa jika tinggal lebih lama di dalam penjara. Ekoran daripada itulah mereka akan mengulangi perbuatannya untuk terus berpanjangan di dalam tahanan.
Kesedaran daripada fenomena inilah kerajaan telah menerapkan para penagih yang mempunyai ciri-ciri untuk pulih dijadikan sebagai fasilitator kepada para penagih mahupun mengikuti program-program pendidikan di sekolah. Sebagai contoh, artis tanah air kita iaitu Jamal Abdillah dan Salim.
Manakala hasil wawancara dari Mohd Zulkifli bin Zaidi, seorang Pegawai Penjara (2009) dari Jabatan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan menjelaskan setiap banduan akan diterapkan ke dalam pekerjaan yang disediakan di penjara sebagai latihan kemahiran kepada mereka apabila dibebaskan nanti. Antara pekerjaan yang terdapat seperti menyulam bakul, ukiran, menjahit, dobi, tukang masak, pertanian, tukang kebun, mekanik, pengurusan stor, pengurusan pejabat perusahaan, membina bangunan dan perabut.
Beliau juga menjelaskan tentang dasar sistem parol. Kaedah sistem parol tersebut hanya diberi kepada banduan yang mempunyai tahap akhir hukuman antara 1 tahun hingga 3 tahun. Sistem ini membenarkan seorang banduan diberi pekerjaan di luar penjara dan bekerja dengan mana-mana syarikat atau bengkel mekanik mengikut kemahiran mereka. Setelah tamat tempoh hukuman mereka ini diberi tauliah berupa sijil sebagai bukti kemahiran yang mereka perolehi.


9.0 RUMUSAN

Kaunseling merupakan elemen yang berperanan secara tersendiri dalam menangani masalah ketagihan penagih dadah. Keberkesanan terapi kaunseling individu dan kaunseling kelompok telah banyak menyumbangkan hasil perubahan penagih dadah ke arah membina kehidupan selepas mengambil dadah kecuali penagih relapse yang memerlukan kaunseling lanjutan selepas tamat tempoh penahanannya. Penagih relapse juga amat sesuai jika dapat disalurkan kepada institusi masjid selama tiga bulan dengan menjalani aktiviti yang bertendensi ke arah muhasabah kendiri seperti aktiviti tabligh, Qiamullail dan bertadarus al - Quran manakala penagih bukan Islam akan disalurkan kepada sami atau paderinya untuk membawa ke arah menyedari kepentingan kehidupan di dunia demi masa depan iaitu kehidupan selepas mati.
Dalam pada itu juga tahap keprofesionalisme pegawai pemulihan dan kaunselor dadah dipertingkatkan ke peringkat sarjana muda atau sarjana dengan kemahiran khusus dalam perkhidmatan kaunseling. Dijangkakan mereka akan dapat mempunyai tahap kepekaan yang tinggi dengan perkembangan ilmu yang berkaitan dengan tugas.
Intervensi dalam mendokumentasikan dengan tepat propensiti dan motivasi mereka untuk pulih dan bebas dari dadah adalah unsur penting bagi menyatakan peratusan keberkesanan terapi dengan sahih dan membolehkan perancangan susulan yang tepat. Jika keadaan ini dapat dilakukan secara terbaik maka perbelanjaan negara dapat dimanafaatkan sebaik mungkin.

BIBLIOGRAFI
Chiauzzi, E.J. (1991). Preventing relapse in addiction: a biopsychosocial
approach.Totonto,Pergamon Press,Inc.

Dual Recovery Anonymous (2003).Relapse Prevention. http://www.draonline.org.

George,R.L. (1990).Counseling the chemically dependent: Theory and
practice.Massachusetts.Allyn and Bacon.

Mahmood Nazar Mohammed (1995). Perubahan psikologi dari segi harga diri, profil
personality, dan penggunaan melanisme bela diri di kalangan penagih dadah
yang mengikuti program pemulihan Serenti. Tesis D.Fal. Yang tidak
diterbitkan,UKM, Bangi.

Mahmood,N.M. (1991). “Perubahan Psikologi yang dialami oleh Penagih Dadah
yang Menjalani Program Pemulihan Kerajaan: Satu Kajian di Pusat Serenti
Sungai” .Malasian Parliment Journal,11(2):46-49.

Mahmood, N. M., Md. Shuaib Che Din & Abdul Halim Othman (1992). “Is Alteration
on Defence Mechanism a Good Indicator For Mental Well-Being Among
Psychoactive Addicts?”. Pakistan Journal of Psychological Research, Summer,
1(2): 1-8.

Mahmood, N. M., Md. Shuaib Che Din & Abdul Halim Othman (1994). “Kaunseling
Penagih Dadah: Fokus kepada Perubahan Mekanisme Bela Diri”,Malaysian Journal of Counseling (PERKAMA),5: 212-222.

Mahmood, N. M., Md. Shuaib Che Din & Ismail Ishak (1998) “Keberkesanan Program
Pemulihan Dadah Modaliti Tradisional.In Mahmood, N.M. (Ed.), Proceeding : UUM 1997 Research Seminar. Sintok : Center for Research and Consutancy,UUM.

Mahmood, N.M. (1999). “Pemulihan Dadah secara Tradisional: Adakah ia
berkesan”.Pemikir,Jan – Mac,(15),213 – 236.

Mahmood, N.M. & Mohd Taib Ariffin (1999). “ Tekanan kerja dan Strategi Daya
Tindakan di kalangan pegawai pemulihan dan kaunselor dadah”.Laporan kajian,UUM.

Mahmood, N.M. (2000). “Penilaian Mekanisme Bela Diri melalui Thematic
Apperception Test: Aplikasi dalam Kaunseling dengan Penagih Dadah”. In Mahmood N.M., Nadiyah Elias & Azmi Shaari (Eds),Proceedings: National Seminar on Social Work Management,Sintok : SPS-UUM

Mahmood, N.M. (2001). “Penggunaan strategi daya tindak : Adakah ia membantu
penagih dadah untuk bebas dari dadah?Proceedings of the National Seminar on Socio-economy and IT,Sintok:Pusat Penyelidikan dan Perundingan.

Mahmood, N.M., Ismail Ishak & Azniza Ishak. (2002). “Program pemulihan luar
institusi untuk penagih dadah”.Laporan Penyelidikan IRPA, UUM.

Marlatt,G.A., & Gordon, J . (1985).Relapse Prevention : Maintenance strategies in the
treatment of addictive behaviors.New York : Guilford Press.

Professional Association for Counsellors In South Australia. http://www.casa.asn.au.

Lewis, J.A., Dana, R.Q., & Lewis, J.A.(1998).Substance Abuse Counseling: An
individualized approach.California. Brook/Cole Publishing Company.

Rasmussen,S. (2000).Addiction treatment : Theory and practice.Beverly
Hills,California : Sage Publication,Inc.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang